Pertandingan Khat PKK Tuanku Bainun 2024

Pertandingan Khat PKK Tuanku Bainun telah kembali buat kali yang ke-4 dan pendaftaran kini dibuka!

Pertandingan ini akan diadakan secara bersemuka di pusat kami yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Pertandingan ini ialah anjuran PKK Tuanku Bainun dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK). 

MAKLUMAT PERTANDINGAN
Umur : 13 – 17 Tahun
Tarikh : 20 Julai 2024, Sabtu
Masa : 8.30 AM – 2.15 PM
Tempat: Temutamu Hall @ PKK Tuanku Bainun,
Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

BENGKEL CITRA SENI KHAT
Sebagai persediaan rapi bagi semua peserta, Persatuan Seni Khat Kebangsaan akan mengendalikan sebuah bengkel sebelum pertandingan bermula

Daftar sebelum : 9 Julai 2024, Selasa

KENAPA PERLU MENDAFTAR SECEPAT MUNGKIN

  • Pendaftaran terhad
  • Semua peserta akan menerima sijil penyertaan diakhir hari pertandingan
  • Bengkel dan pendaftaran pertandingan adalah percuma

MAKLUMAT TAMBAHAN

  • Durasi bengkel: 2 Jam
  • Durasi pertandingan: 2 Jam
  • Jenis Khat: Khat Thuluth
  • Jenis Pen Khat: Qalam Buluh/ Resam/ pen khat traditional
  • Dakwat dan kertas akan disediakan

Jadi, apa tunggu lagi! Daftarlah sekarang dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai dan piala.