Versi 2022!

Ingin menjadi Usahawan Muda?

Kepada remaja dan para pelajar sekolah menengah: adakah anda mempunyai idea tersendiri dalam bidang bisnes? Adakah anda mempunyai ciri-ciri seorang usahawan muda? Adakah anda mempunyai keinginan untuk menceburi bidang keusahawanan? Program YouthStart adalah untuk anda!

Youthstart merupakan sebuah program daripada PKK Tuanku Bainun dan Project ID yang memberi peluang kepada remaja-remaja untuk menceburi bidang keusahawanan secara menyeluruh. Para peserta program Youthstart akan mempelajari asas keusahawanan seperti model perniagaan dan penilaian pasaran, dan seterusnya akan diberi peluang untuk membentang idea bisnes mereka dan mendapat pembiayaan benih bagi memulakan perniagaan sendiri!

Youthstart 2022 merupakan edisi kedua program YouthStart. Sertai sekarang dan jadilah sebahagian daripada alumni usahawan muda!

Ingin menyertai YouthStart? Isi borang penyertaan anda sekarang!

Butiran Program

Garis Masa Program

Berapa Dana Akan Anda Terima?

Setiap kumpulan yang menyertai YouthStart akan diberi peluang untuk membentangkan pelan perniagaan mereka kepada panel hakim yang terdiri daripada wakil dari pelbagai sektor awam dan swasta. Setiap kumpulan kemudian akan diberi dana berdasarkan qualiti pelan perniagaan mereka yang meliputi penelitian, idea pemasaran, produk, dan kemampuan kumpulan tersebut untuk meyakinkan para hakim.

Kriteria Pemohon

Cara Memohon

Peserta akan dipilih mengikut qualiti jawapan yang diberikan mengikut soalan pada borang penyertaan. Soalan-soalan tersebut adalah peluang bagi anda untuk meyakinkan kami bahawa anda adalah calon yang terbaik bagi program YouthStart!

Tarikh tutup pemohonan : 17 Julai 2022

FAQ


Perlukah saya membayar yuran bagi menyertai YouthStart?
Oleh kerana YouthStart adalah program tajaan penuh, anda tidak akan dikenakan bayaran yuran bagi menyertai program ini asalkan anda memenuhi kriteria kelayakan.

Siapakah yang layak menyertai program YouthStart?
Program YouthStart dianjurkan bagi pelajar 15-17 tahun dari keluarga berpendapatan rumah tangga RM6,300 ke bawah.

Perlukah saya menghadiri kesemua Siri Bengkel sebagai peserta YouthStart?
Ya, sebagai peserta YouthStart anda perlu memberi komitmen untuk menghadiri kelima-lima Siri Bengkel YouthStart serta Sesi Pembentangan YouthStart

Bolehkah saya menyertai YouthStart sebagai individu dan bukan dalam kumpulan?Anda boleh mendaftar sebagai individu dan anda akan diletakkan bersama individu yang lain. Namun, prioriti akan diberikan kepada peserta yang sudah pun mempunyai kumpulan.

Adakah YouthStart dijalankan secara fizikal?
Tidak, YouthStart dijalankan secara atas talian. Para peserta akan dibekalkan dengan elaun internet daripada pihak penganjur.

Anda berminat tapi tidak pasti akan kelayakan anda? Ataupun ada soalan lain tentang program YouthStart? Hubungi kami di programmes@pkktuankubainun.com!

Anda berminat tapi tidak pasti akan kelayakan? Ataupun ada soalan lain tentang program YouthStart? Hubungi kami di programmes@pkktuankubainun.com!