KINI PROGRAM ATAS TALIAN!

Kolaborasi antara

Ingin menjadi Usahawan Muda?

Kepada remaja dan para pelajar sekolah menengah: adakah anda mempunyai idea tersendiri dalam bidang bisnes? Adakah anda mempunyai ciri-ciri seorang usahawan muda? Adakah anda mempunyai keinginan untuk menceburi bidang keusahawanan? Program YouthStart adalah untuk anda!

Youthstart merupakan sebuah program daripada PKK Tuanku Bainun dan Project ID yang memberi peluang kepada remaja-remaja untuk menceburi bidang keusahawanan secara menyeluruh. Para peserta program Youthstart akan mempelajari asas keusahawanan seperti model perniagaan dan penilaian pasaran, dan seterusnya akan diberi peluang untuk membentang idea bisnes mereka dan mendapat pembiayaan benih bagi memulakan perniagaan sendiri!

Youthstart akan dijalankan atas talian bagi memastikan keselamatan semua pelajar terlibat. Para peserta akan dibekalkan dengan internet percuma melalui sim card yang ditaja penuh oleh pihak penganjur.

Ingin menyertai YouthStart? Isi borang penyertaan anda sekarang!

 

Butiran Program

3 Julai 2021 10am - 4pm
Siri 1

Bengkel #1 - Pengukuhan Pasukan & Memerhati Pelanggan

Bengkel #2 - Menganalisis Produk

10 Julai 2021 10am - 4pm
Siri 2

Bengkel #3 - Menganalisis Peluang

Bengkel #4 - Penjanaan Idea & Penyelidikan Pasaran

 

17 Julai 2021 10am - 4pm
Siri 3

Bengkel #5 - Model Perniagaan

Bengkel #6 - Rekap & Refleksi

7 Ogos 2021 10am - 4pm
Siri 4

Bengkel #7 - Pembahagian Pembentangan

Bengkel #8 - Satu Gambar Beribu Perkataan

14 Ogos 2021 10am - 4pm
Siri 5

Bengkel #9 - Menarik Perhatian Penonton

Bengkel #10 - Sesi Latihan & Refleksi

21 Ogos 2021 10am - 4pm
Pitching Session

Bentang idea anda kepada panel hakim bagi mendapatkan

pembiayaan benih bagi memulakan perniagaan anda!

Berapa Pembiayaan Benih Akan Anda Terima?

Setiap kumpulan yang menyertai YouthStart akan diberi peluang untuk membentangkan pelan perniagaan mereka kepada panel hakim yang terdiri daipada wakil dari pelbagai sektor awam dan swasta. Setiap kumpulan kemudian akan diberi pembiayaan benih berdasarkan qualiti pelan perniagaan mereka yang meliputi penelitian, idea pemasaran, produk, dan kemampuan kumpulan tersebut untuk meyakinkan para hakim.

Kriteria Pemohon

  • Berumur 15 hingga 18 tahun
  • Dari keluarga berpendapatan rumah tangga RM6,300 ke bawah
  • Mendaftar sebagai satu kumpulan (3 orang)
  • Peserta yang berdaftar sebagai individu akan diletakkan dalam kumpulan dengan individu yang lain
  • Ahli kumpulan tidak perlu daripada sekolah yang sama
  • Mempunyai alat untuk mengikuti kelas atas talian
  • Bersedia memberi komitmen sehingga program tamat

Cara Memohon

Bentukkan Kumpulan

Setiap Kumpulan YouthStart terdiri daripada 3 ahli kumpulan. Kumpulkan rakan anda dan yakinkan mereka untuk menyertai YouthStart!

Lengkapkan Borang

Lengkapkan borang penyertaan yang disediakan. Pastikan anda menjawab soalan pendek yang disertakan dalam borang penyertaan dengan teliti.

Semak
Semula

Sebelum anda menekan butang 'hantar', pastikan kesemua maklumat dalam borang tersebut lengkap dan tepat!

Peserta akan dipilih mengikut qualiti jawapan yang diberikan mengikut soalan pada borang penyertaan. Soalan-soalan tersebut adalah peluang bagi anda untuk meyakinkan kami bawa anda adalah calon yang terbaik bagi program YouthStart!

Tarikh tutup pemohonan : 11 Jun 2021

FAQ

Oleh kerana YouthStart adalah program tajaan penuh, anda tidak akan dikenakan bayaran yuran bagi menyertai program ini asalkan anda memenuhi kriteria kelayakan.

Program YouthStart dianjurkan bagi pelajar 15-18 tahun dari keluarga berpendapatan rumah tangga RM6,300 ke bawah.

Ya, sebagai peserta YouthStart anda perlu memberi komitmen untuk menghadiri kelima-lima Siri Bengkel Youthstart serta Sesi Pembentangan YouthStart

Anda boleh mendaftar sebagai individu dan anda akan diletakkan bersama individu yang lain. Namun, prioriti akan diberikan kepada peserta yang sudah pun mempunyai kumpulan.

Anda boleh mendaftar sebagai individu dan anda akan diletakkan bersama individu yang lain. Namun, prioriti akan diberikan kepada peserta yang sudah pun mempunyai kumpulan.

Tidak, YouthStart dijalankan secara atas talian. Para peserta akan dibekalkan dengan internet percuma melalui sim card yang ditaja penuh oleh pihak penganjur.

Anda berminat tapi tidak pasti akan kelayakan anda? Ataupun ada soalan lain tentang program YouthStart? Hubungi kami di programmes@pkktuankubainun.com!

Anda berminat tapi tidak pasti akan kelayakan? Ataupun ada soalan lain tentang program YouthStart? Hubungi kami di programmes@pkktuankubainun.com!